Program terakhir saya sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama sesi 2011/2012. Moga-moga bermanfaat. Ia akan berlangsung sebanyak 6 siri dengan tajuk sekitar 4 domain porgram Pengajian Akidah dan Agama iaitu Akidah, Tasawwuf, Falsafah dan Perbandingan Agama.
Sewaktu saya di kerusi Presiden, saya sentiasa berfikir, "Apa yang boleh aku sumbangkan untuk fakulti, universiti dan masyarakat kampus?" Inilah yang saya tanamkan pada benak fikiran barisan kepimpinan di bawah saya.
Walaupun sudah tamat tempoh kepimpinan saya, saya akan terus berfikir dan selagi mampu berfikir, saya akan terus menyumbang. Kerana itulah manifestasi dianugerahkan kepada manusia, akal.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 164,
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, perubahan malam dan siang serta kapal yang belayar di lautan membawa perkara yang memberi faedah kepada manusia, dan apa yang diturunkan Allah s.w.t dari langit dari air lalu dihidupkan dengannya bumi yang gersang dan menyebarkan padanya setiap kehidupan, melalukan angin dan awan yang ditundukkan di antara langit dan bumi, itu semua merupakan tanda (kekuasaan Allah s.w.t) bagi mereka yang berfikir."