Kelab Taat Suami sememangnya celaru dan mencelarukan!
Dahulunya kontroversi dengan
kenyataan Naib Presiden Kelab Taat Suami
(KTS), Dr Rohaya Mohamed, mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan
suami seperti "pelacur kelas pertama". Kemudian penerbitan buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia”. Kini muncul pula dengan
kempen 'Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam'
yang bermula 25 Januari sehinggalah 5 Februari ini .
Isu yang diketengahkan KTS adalah
masalah zina dan sumbang mahram. Justeru, mereka tampil dengan kempen sempena
Maulidurrasul, 'Rasulullah Tokoh
Seks Suci Islam'. Menurut mereka kempen ini bertujuan bagi
mengajak umat Islam terutama pasangan suami isteri supaya mengamalkan kehidupan
Rasulullah dan menjadi panduan kepada umat Islam dan ia termasuk aspek ibadat,
keluarga dan kehidupan seks.
Hakikatnya, begitu banyak boleh diketengahkan dari Nabi SAW baik sebagai tokoh dalam bersahabat, tokoh dalam kepimpinan, juga tokoh dalam berkeluarga. Mengapa 'tokoh seks' dipilih? Seakan-akan seks itu adalah matlamat paling utama dan segala-galanya bagi Islam masa kini.
Al-Arqam, Rufaqa’, Global Ikhwan,
Parlimen Roh, Seks Suci Islam….Aduhai, Ummu Jah!







4 comments:
sudah la Rasulullah pernah dihina kononnya dikatakan kuat seks, sbb tu isteri ramai..
ini nk dijadikan tokoh seks plak?
astaghfirullahalazim...
Solihin Zubir
Sama2 doakan semoga mereka mendapat hidayah...
#bukan dr muhaya ke? if im not mistaken.
fatma
bukan :) mmg namanya Dr. Rohaya. Boleh semak di akhbar.
Post a Comment