Bumi Anbia', Syria terus bergolak apabila regim Basyar Assad menggunakan kekerasan tentera untuk mempertahankan kekuasaannya yang tergugat rentetan dari revolusi ‘Arab Spring’. Isu ini terus menjadi tumpuan di peringkat antarabangsa dengan bantahan daripada 107 orang ulama termasuk Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
Barisan ulama' itu telah bersetuju dalam satu deklarasi yang menyeru seluruh rakyat untuk mendokong perjuangan rakyat Syria untuk bebas daripada regim Bashar Assad, bergabung dengan lebih 40 ribu tentera Syria yang berpaling tadah daripada regim Bashar Asad,serta menyeru negara-negara Arab dan negara Islam lain untuk bertindak dalam isu ini.
Pergolakan di Syria dilihat sebagai isu yang begitu parah apabila meletusnya demonstrasi berdarah selama 11 bulan di negara itu menyaksikan angka kematian mencecah 6 ribu orang dan jumlahnya semakin meningkat hingga kini.
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia, USIM sentiasa konsisten dalam usaha untuk memastikan warga mahasiswa/i cakna dalam isu membabitkan dunia Islam khususnya pergolakan di Syria yang berlaku sekarang.
Justeru, pihak Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia, USIM menyeru seluruh mahasiswa/i untuk:
1. Mengadakan solat hajat dan berdoa bagi memohon keamanan di bumi Syria
2. Menggiatkan kempen cakna isu Syria di laman sosial seperti Facebook, blog dan Youtube
SPMM USIM juga akan cuba untuk terus berhubung dengan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung isu Syria khususnya keselamatan pelajar Malaysia di sana.
Universiti Sains Islam Malaysia
www.raziffuad.com
Tulisan ini turut disiarkan di web SPMM USIM dan Komuniti Media Interaktif Mahasiswa, GazeboDaily
Tulisan ini turut disiarkan di web SPMM USIM dan Komuniti Media Interaktif Mahasiswa, GazeboDaily







0 comments:
Post a Comment